Cinta sering menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namunn cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah.. Cinta Allah-lah yang layak dikejar.
Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.
* Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
* Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya.
Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
* Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu,
tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
* Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan
kita kepada Allah setiap masa.
* Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar
terutamanya jika ditimpa musibah.
* Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah,
termasuk hati dan juga lidah.
* Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata
untuk mendapat keredhaan Nya.