Dunia bdk.reiki
Tuesday, February 4, 2020
Kisah Seterusnya Bermula..
Bermula jam 6 pagi 4/1/2020 keadaan di ward 5B dah mula sibuk.. nurse dan MO dah mula pergi katil ke katil pesakit untuk di periksa keadaan semasa pesakit sebelum lawatan doktor pakar ke ward..aku masih seperti sebelumnya menahan sakit pada kaki kanan yang semakin membengkak.. pada pukul 8.30pagi sekumpulan doktor pakar orthopedik datang memeriksa aku.. doktor pakar memberitahu bahawa kaki kananku tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong untuk mengelakkan kuman masuk lebih jauh ke dalam badan.. Dengan berat hati aku terpaksa bersetuju dgn keputusan doktor pakar walaupun aku tahu selepas pembedahan ini aku hanya tinggal sebelah kaki sahaja.. namun untuk aku sehat seperti sediakala aku harus mengikut nasihat doktor.. Seterusnya aku akan ditemubual oleh pakar bius pula disebelah petang..berdasarkan laporan kesihatan aku, jantung dan buah pinggang aku menunjukkan bacaan yang tidak berapa cantik dan berkemungkinan berhadapan dgn risiko yg tinggi apabila dibius seluruh badan..risiko untuk tidak sedar terus daripembrdshan kaki terlalu tinggi.. namun dari apa yg telah disampaikan oleh pakar bius itu benar-benar membuatkan fikiranku kusut dan serabut. Semasa pakar bius tu terangkan pada aku isteriku mendengar sama..selesai doktor bius tu menerangkan pada aku tinggal kami berdua dikatil pesakit.. "apa jua yang bakal terjadi kiter haruslah bersedia dan segalanya atas kehendak Allah ta'ala.. Isteriku telah memasukkan berita tersebut ke dalam group whatsapp adik beradikku dan group ibrahim dan siapa jua yang dirasakan perlu.
Pagi sabtu 5/1/2020 lawatan doktor pakar ke katilku, menanti kekosongan dewan bedah dan laporan perubatan dari pakar medikal. Ianya akan dijalankan malam ini sekiranya ada kekosongan.. petangnya semua adik beradik serta adik iparku semua dan ayahandaku hj zainal datang ziarah di ward. Keluarga mertuaku dan makcik pancik isteriku juga turut hadir petang itu. Aku masih tidak bertenaga dan lemah kerana bisa dikaki ini..namun setiap soalan yang diajukan padaku dijawab seadanya.. jam sudah menunjukkan pukul 7 petang memberitahu waktu lawatan di ward bakal tamat. Bermulalah sessi aku bersalaman dgn semua ahli keluarga..bersalaman penuh emosi setiap ahli keluarga aku mohon ampun dan maaf serta halalkan makan dan minumku selama aku bersama.. andaikata ini pertemuan kita yang terakhir. Namun segalanya di atas kekuasaan Allah azawajalla.
Kisahnya bermula..
Pada 25/6/2019, seperti biasa aku ader temujanji dengan klinik orthopedik. Setelah berjumpa dgn doktor aku pun masuk ke bilik pemeriksaan.. mmg dah rutin bila temujanji aku kena ke bilik ni intuk pemeriksaan kaki. Setelah diperiksa kaki terdapat satu gelembung darah beku ditapak kaki kanan aku.. doktor panggil 'blister'.. Doktor putuskan untuk membuat pembedahan keatas 'blister' tersebut.. aku pun kena warded..
Setelah selesai pembedahan aku dibenarkan pulang ke rumah.. Aku discharged ward pada 28/6/2019 dan diberi MC 10 hari.. Pada awalannya luka pembedahan kaki aku tu menunjukkan perkembangan yang positif dan bagus..
Namun setelah beberapa sessi temujanji dgn doktor orthopedik luka di rapak kaki dah ada sluv. Ia nya membuatkan luka dikaki itu mula berbau..
Sehinggalah pada suatu ketika sluv itu berada ditengah tapak kaki aku.. Bau dari sluv itu bertambah kuat dan kadangkala seperti bau daging busuk..dua kali temujanji dgn doktor orthopedik tiada tindakan, sekadat diberikan ubat antibiotik sahaja.. dan ia langsung tiada perubahan pada kaki yang berbau ini..
Akhirnya aku kena warded pada 3/1/2020 setelah kaki ini berada pada keadaan kritikal dan bisa racunnya telah merebak hingga ke betis. Namun kali ini aku pasrah dgn apa yang bakal berlaku.. hampir 10 jam aku berada di ward kecemasan zon kuning..menunggu doktor pakar medikal.. doktor pakar orthopedik datang memeriksa status aku yang dah tak tahan menanggung bisa dibetis ini..setelah selesai bab pemeriksaan oleh pakar terpaksa pula menunggu kekosongan ward.. akhirnya pukul 7.30 mlm aku dimasukkan ke ward 5B katil 36..
Aku check-in lagi..
Friday, June 7, 2019
Ziarah menziarahi
Thursday, June 6, 2019
Salam Aidilfitri 2019
Tahun ini Aidilfitri disambut seperti biasa namun saya dapat merasakan terdapat ruang kosong dalam sambutan kali ini.. namun hidup ini mesti diteruskan..kepada Bonda yang telah kembali bertemu Maha Pencipta kami sentiasa doakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan para solihin.. Aminn..
Destinasi pertama kami Masjid Bandar Di Raja Klang

Destinasi pertama kami.. rumah mak buna


Destinasi seterusnyer rumah kak mashita.. namun tiada gambar yang diambil disana..
Umah berikutnyer.. umah mak apis..
Rumah terakhir malam nih, rumah kak ros kawan ofis wife.. lepas tu balik ler..






Tuesday, May 28, 2019
Tetamu Allah Umrah Ramadhan
Pada hari ini 29/5/2019 3 petang ayahanda Haji Mohamad Habib dan Mama Hajjah Zabedah akan berlepas ke tanah haram mengerjakan ibadah umrah.. beruntung menjadi tetamu Allah diakhir ramadhan.. bumi yang penuh barokah..
Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair
Insha Allah.. aku sekeluarga akan menjadi tetamu mu Ya Allah.. Amin..
Monday, May 20, 2019
Riadah Keluarga Pantai Timur 2019
Lokasi Jeti Nelayan Chendering..
Penjelajahan bermula pukul 5.45petang
Riang ria keluarga bahagia..
Pesta mencandat pun bermula..Eisya dah dapat..
Anje pun dah dapat..
Pak Ngah dah ader hasil..
Yibbu la champion malam nih..
Afiq cukup dah ni ibu..
Dapat lesen dah Adli..
Atuk nyer tang paling besar..
penat dah nak balik dah..
2 jam baru sampai darat..penat dah wehhh...
Ni jer yang ader..boleh ler nak buat lauk..
Hasil nyer...
Nak balik dah..semalaman di perairan pulau kapas..
Menanti penuh sabar..
Muka ada sunyum..mau balik Klang sudah..
Singgah makan tenaghari dulu..
Bye bye Pantai Timur..next time pegi lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)