Tuesday, February 4, 2020
Kisahnya bermula..
Pada 25/6/2019, seperti biasa aku ader temujanji dengan klinik orthopedik. Setelah berjumpa dgn doktor aku pun masuk ke bilik pemeriksaan.. mmg dah rutin bila temujanji aku kena ke bilik ni intuk pemeriksaan kaki. Setelah diperiksa kaki terdapat satu gelembung darah beku ditapak kaki kanan aku.. doktor panggil 'blister'.. Doktor putuskan untuk membuat pembedahan keatas 'blister' tersebut.. aku pun kena warded..
Setelah selesai pembedahan aku dibenarkan pulang ke rumah.. Aku discharged ward pada 28/6/2019 dan diberi MC 10 hari.. Pada awalannya luka pembedahan kaki aku tu menunjukkan perkembangan yang positif dan bagus..
Namun setelah beberapa sessi temujanji dgn doktor orthopedik luka di rapak kaki dah ada sluv. Ia nya membuatkan luka dikaki itu mula berbau..
Sehinggalah pada suatu ketika sluv itu berada ditengah tapak kaki aku.. Bau dari sluv itu bertambah kuat dan kadangkala seperti bau daging busuk..dua kali temujanji dgn doktor orthopedik tiada tindakan, sekadat diberikan ubat antibiotik sahaja.. dan ia langsung tiada perubahan pada kaki yang berbau ini..
Akhirnya aku kena warded pada 3/1/2020 setelah kaki ini berada pada keadaan kritikal dan bisa racunnya telah merebak hingga ke betis. Namun kali ini aku pasrah dgn apa yang bakal berlaku.. hampir 10 jam aku berada di ward kecemasan zon kuning..menunggu doktor pakar medikal.. doktor pakar orthopedik datang memeriksa status aku yang dah tak tahan menanggung bisa dibetis ini..setelah selesai bab pemeriksaan oleh pakar terpaksa pula menunggu kekosongan ward.. akhirnya pukul 7.30 mlm aku dimasukkan ke ward 5B katil 36..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment