Tuesday, February 4, 2020
Kisah Seterusnya Bermula..
Bermula jam 6 pagi 4/1/2020 keadaan di ward 5B dah mula sibuk.. nurse dan MO dah mula pergi katil ke katil pesakit untuk di periksa keadaan semasa pesakit sebelum lawatan doktor pakar ke ward..aku masih seperti sebelumnya menahan sakit pada kaki kanan yang semakin membengkak.. pada pukul 8.30pagi sekumpulan doktor pakar orthopedik datang memeriksa aku.. doktor pakar memberitahu bahawa kaki kananku tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong untuk mengelakkan kuman masuk lebih jauh ke dalam badan.. Dengan berat hati aku terpaksa bersetuju dgn keputusan doktor pakar walaupun aku tahu selepas pembedahan ini aku hanya tinggal sebelah kaki sahaja.. namun untuk aku sehat seperti sediakala aku harus mengikut nasihat doktor.. Seterusnya aku akan ditemubual oleh pakar bius pula disebelah petang..berdasarkan laporan kesihatan aku, jantung dan buah pinggang aku menunjukkan bacaan yang tidak berapa cantik dan berkemungkinan berhadapan dgn risiko yg tinggi apabila dibius seluruh badan..risiko untuk tidak sedar terus daripembrdshan kaki terlalu tinggi.. namun dari apa yg telah disampaikan oleh pakar bius itu benar-benar membuatkan fikiranku kusut dan serabut. Semasa pakar bius tu terangkan pada aku isteriku mendengar sama..selesai doktor bius tu menerangkan pada aku tinggal kami berdua dikatil pesakit.. "apa jua yang bakal terjadi kiter haruslah bersedia dan segalanya atas kehendak Allah ta'ala.. Isteriku telah memasukkan berita tersebut ke dalam group whatsapp adik beradikku dan group ibrahim dan siapa jua yang dirasakan perlu.
Pagi sabtu 5/1/2020 lawatan doktor pakar ke katilku, menanti kekosongan dewan bedah dan laporan perubatan dari pakar medikal. Ianya akan dijalankan malam ini sekiranya ada kekosongan.. petangnya semua adik beradik serta adik iparku semua dan ayahandaku hj zainal datang ziarah di ward. Keluarga mertuaku dan makcik pancik isteriku juga turut hadir petang itu. Aku masih tidak bertenaga dan lemah kerana bisa dikaki ini..namun setiap soalan yang diajukan padaku dijawab seadanya.. jam sudah menunjukkan pukul 7 petang memberitahu waktu lawatan di ward bakal tamat. Bermulalah sessi aku bersalaman dgn semua ahli keluarga..bersalaman penuh emosi setiap ahli keluarga aku mohon ampun dan maaf serta halalkan makan dan minumku selama aku bersama.. andaikata ini pertemuan kita yang terakhir. Namun segalanya di atas kekuasaan Allah azawajalla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment