Thursday, October 19, 2017

Pancing hujung minggu..

Petang 7/10/2017 kami membuat janji temu dengan boatman di jeti sg.chandong..pukul 6 petang..Namun ader kelewatan sedikit..kami sampai pukul 6.20petang dan pada waktu tersebut air laut sedang pasang penuh..oleh yang demikian kami tak dapat memulakan upacara pancingan sebab bot tidak dapat keluar dari kawasan jeti kerana paras air dikala itu betul2 sepuluh inci dibawah jambatan..terpaksa lah kami menunggu air surut sedikit..
Jam lebih kurang pukul 8 malam barulah bot boleh melalui bawah jambatan itu pun betul2 dibawah sedikit paras enjin bot 60hp mercury tersebut dan kami terpaksa tunduk seakan nak berbaring tatkala melalui bawah jambatan tersebut..
Bermulalah perjalanan ke padang pancingan kami iaitu ke kawasan dermaga kapal di west port..oleh kerana air masih tinggi kami menggunakan laluan sebelah luar tempat kapal2 berlabuh menaikkan kontena..kecil sungguh sampan 25kaki kami dikala itu..jangan kata bandingan dengan kapal yang berlabuh, dengan tugboat pun cukup lah..tiap kali berselisih dengan tugboat pun dah terumbang ambing dibuatnya sampan kami..apabila hampir ke dermaga yang paling akhir ke laut lepas kami pun membelokkan bot menghala ke kawasan dalam dermaga..bermulalah episod pancingan kami...
Port kami yang pertama diluar dermaga sebelah dalam..sebab sebelah dalam kuranglah berombak sedikit..tenang jer..pasang umpan udang hidup terus dicampakkan pada tiang2 konkrit bawah dermaga..dah 15 minit takda rasa pun..ikan cuti ke hari ni..hmmm dekat setengah jam gak nunggu tapi takda hasil.. boatman sarankan kita masuk bawah dermaga lagi pun air laut dah surut sikit dari tadi..jam menunjukkan pukul 9.15malam.. pesanan boatman ..tangan jangan letak tepi bot sebab teritip dibawah dermaga besar2 dan tajam untuk mengelakkan kecederaan yang tak diingini..
Hasil pertama pada malam ini adalah seekor tetuka..suasana pun berubah ceria pabila ikan2 pancingan mula dinaikkan silih berganti..lepas gelama.. duri.. mayong.. sembilang.. tak mau ceritalah ikan2 yang tak dibawa balik macam belukang dan tak ketinggalan sesirat...hahaha... Memang ikan dibawah dermaga ni kasar2..Lebih kurang 4 ke 5 ekor belukang atau duri melebihi 2 kg kami dapat disini tapi iyerlah bukan ikan sasarankan..jadi kami lepaskan ler semula..kami target nak bawa balik siakap, senangin, kurau atau aper jer lah ikan2 pasarkan...namun rezeki kami hanya itu saja untuk hari ni..setelah puas mencuba itu jugalah ikan yang dinaikkan..
Pagi dilaut cepat cerah.. 6.45pagi dah terang benderang dah..tapi boatman dengan kawan aku masih melayan tido..kerana tak boleh nak tido aku pun sambunglah memancing semula dengan baki2 umpan yang tinggal tu..nak balik pun tak boleh sebab air masih tinggi..macam petang semalamlah bot x boleh lalu sebab air cecah bawah jambatan di west port ni..kurang2 2 jam lagi baru boleh lalu ni..jadi layan jer lah memancing..seperti biasa naik lagi mayong 2 3 ekor pagi ni..tetanda pun tak boleh dapat..penangan air pasang besar ni..takda rezeki la..
Tatkala air dah surut sikit pukul 9.30pagi boatman dan kawan aku pun dah bangun..kami pun mencuba lagi untuk LAST CALL.. masuk lagi bawah dermaga..namun hasilnya masih tak membanggakan..gelama dan duri sahaja yang nk menjamah umpan..mungkin ikan kualiti pasar balik kampung kot dikala air pasang besar ni...tepat jam 11pagi kami balik semula ke jeti sg.chandong..

link