jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…
tanpa mereka, fikiran & perasaan lelaki akan resah…
masih mencari walau ada segalanya…
apa yang tiada dalam syurga?
namun ADAM tetap rindukan HAWA…
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki…
tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus…
luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH swt…
kerana mereka diciptakan sebegitu oleh ALLAH swt…
didiklah mereka dengan panduan dari-Nya…
janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana hati mereka akan semakin liar…
janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan kerana realitinya mereka semakin derita…
kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal…
di situ punca kekuatan dunia…
akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu…
hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan akhlak…
suburkan ia kerana dari situ nantinya mereka akan lihat nilaian & keadilan
TUHAN…
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan…
ia bukan diskriminasi TUHAN, sebaliknya di situlah kasih & sayang TUHAN…
wanita lupa hakikat kejadiannya, pasti tak akan terhibur & tak akan menghiburkan…
tanpa iman, ilmu & akhlak, mereka tak akan lurus…
bahkan semakin membengkok…
itulah akibatnya andai wanita tak kenal TUHANnya…
bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara…
lelaki jangan pula mengharapkan ketaatan semata mata…
tapi binalah kepimpinan…
pastikan sebelum memimpin wanita menuju ILAHI pimpinlah diri kepada-Nya…
jinakkanlah diri kepada ALLAH, nescaya akan jinaklah segala galanya di bawah pimpinanmu…
janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH, andai dirimu tak sehebat SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAJHAH.
No comments:
Post a Comment